Apa Salah Kami Wahai Pemimpin Barisan Nasional Kami Menyokong Kalian ,
Tetapi Apa Yang Kami Dapat Dari Hasil Sokongan Kepimpinan Kalian ,
Gaji Kami Ada Yang Hanya RM900.00 Sebulan , Masuk Kerja Sambilan Dapatlah RM600.00
Maka Itu Berjumlah RM 1,500.00 Sebulan .
Beri ibu Kami : RM 150.00 sebagai balasan menjaga kami dari kecil hingga dewasa
Beri bapa kami : RM 150.00 sebagai tanda kasih anak kepada bapa yang banyak melabur kepada kami
Bayar duit ansuran motor : RM 250.00 kalau tidak bayar nanti kena tarik motor kami bagaimana mahu pergi kerja
Bantu belanja rumah : RM 250.00 sebagai tanggungjawab anak kepada bapa
Belanja adik beradik : RM100.00 sebagai kasih sayang antara adik beradik alahai sebulan sekali
Top Up Handphone : RM50.00 tu keperluan kami untuk berhubung antara satu sama jika ada masalah
Bayar Bil : RM50.00 untuk api air bagi ringan bapa kami
Itu sahaja sudah berjumlah : RM1,000.00 ...
Kami ada baki RM 500.00 pula kena tangung ini pula :-
Kos makan minum untuk di tempat bekerja : RM 125.00
Kos petrol ke tempat kerja pula : RM 125.00
Jumlah ini pula sudah : RM 250.00
Maka itu ada pula baki RM 250.00 jika berlaku sebarang kecemasan yang tidak dijangka maka itu tiada untuk simpanan ...
Gaji pemimpin pula ada mencecah RM 39,000.00 / bulan yang bersamaan gaji kami untuk 26 bulan
( 2 tahun dan 2 bulan )
Jangan lakukan kami begini wahai pemimpin kami ini semakin lama semakin tertekan , memikirkan bagaimana ingin berjimat , kami pun sudah lakukan pelbagai usaha untuk tambah pendapatan kekadang ada rezeki yang sampai ditangan kami . Itu pun setelah bayar cukai yang pelbagai akhirnya habis juga . Ini belum lagi masuk kenaikan harga barangan harian serta petrol .
Kami ini pun ada juga impian yang besar , kami ada hasrat untuk ke Tanah Suci Mekah .



0 comments:
Post a Comment