Menentang kerajaan boleh pula kata haram ambil subsidi kerajaan dan pelbagai lagi kemudahan yang diberikan , habis duit yang datang itu datang dari mana adakah ianya datang dari poket pemimpin itu . Rakyat perlu ingat duit yang ada itu hak kita semua bukan hak kerajaan .
Kerajaan adalah sebuah kelompok besar yang dipilih oleh masyarakat untuk mengurus tadbir kewangan masyarakat serta memimpin masyarakat keliling kearah kebaikan serta melaksanakan sebarang peruntukkan peraturan atau undang-undang yang telah di tetapkan . Seeloknya sistem perundangan Islam .
Pemimpin yang mengambil duit masyarakat sekeliling pula apa pula hukumnya adakah ianya halal jika pemimpin yang gunakan duit itu . Mana sikap amanah yang perlu ada di setiap pemimpin . Tokoh dahulu sanggup berlapar demi rakyat mereka . Namun sekarang ini mereka sewenang wenang ambil wang itu demi kepentingan diri bukan itu sahaja di bawa keluar duit itu . Renungkanlah .
Jika ini berterusan jangan marah kalau satu hari kelak Tanah Melayu ini akan tergadai di kuasa lain . Maka itu kepimpinan yang kita perlukan yang jenis seperti khalifah Umar bin Abdul Aziz . Carilah kepimpinan yang Ulama' sebab mereka tahu apa itu amanah dan juga tangunggjawab . Kadang-kadang hiburan yang melampau di negara kita ini membuatkan kita lalai untuk jaga negara kita dan letakkan itu semua atas pemimpin , akhirnya negara kita tergadai tanpa kita sedari . Bangkitlah rakyat jangan biarkan pemimpin yang bersikapkan kepentingan diri yang mentadbirkan negara kita , carilah yang benar-benar layak untuk mentadbirkan negara kita dengan hati yang telus ikhlas .
Fikirlah demi anak generasi akan datang .. Jangan fikirkan diri kita yang telah aman kini
Ambilah kisah ini sebagai panduan kita > Tokoh Berjiwa Rakyat ( mohon klik )
Itu sahaja yang saya ingin sampaikan demi anak - anak yang akan mendatang jangan kerana gula-gula dari pemimpin yang tak telus kita akan kehilangan negara kita



0 comments:
Post a Comment